| .
|
Surat Terbuka Cadangan Umur Bersara Baru
Saya seorang pegawai yang, insya'Allah, akan bersara akhir tahun hadapan. Perancangan untuk persaraan
itu telah lama saya buat dan tidak sabar-sabar menunggu saat yang amat bererti
itu. Semua ini dibuat bukan kerana saya tidak suka dengan tugas saya sekarang,
malah saya merupakan seorang pegawai yang amat gembira dan berjaya dalam kerjaya saya
dalam perkhidmatan awam. Saya telah dihantar ke luar negara oleh pihak kerajaan
dan saya telah mendapat bermacam anugerah termasuk anugerah khidmat cemerlang.
Semua ini amat bererti bagi saya. Saya berterima kasih kepada pihak kerajaan.
Bagaimanapun, bila ada ura-ura/ cadangan untuk melanjutkan tempuh perkhidmatan
kepada 58 tahun sebelum dibolehkan bersara, saya merasa amat sugul. Saya merasa
hak saya untuk bersara pada akhir tahun hadapan telah mula tergugat. Saya merasa
pihak kesatuan tidak berhak mengaku mewakili orang macam saya untuk mendesak supaya umur
persaraan dilambatkan tanpa terlebih dahulu meninjau pandangan ahli. Seperti yang saya katakan, saya bukan tidak seronok
lagi berkerja dengan kerajaan, tetapi saya sebenarnya ingin bertukar selera.
Hayat kita tidak panjang. Jika dipanjangkan umur, saya tidak mahu membuat kerja yang sama sehingga saya
menjadi terlalu tua. Saya ingin buat sesuatu yang berlainan ketika
saya masih sihat.
Oleh yang demikian, saya berdoa dan memohon kepada pihak kerajaan agar
cadangan itu diketepikan. Cukuplah setakat 55 tahun; janganlah dilanjutkan lagi.
Patah tumbuh hilang berganti. Orang muda masih ramai yang amat memerlukan
peluang dan ruang untuk berkhidmat sebagai pegawai kerajaan. Janganlah dirampas hak
dan peluang mereka itu. Semoga rayuan saya didengari ( does not fall on deaf ears).
Saya tidak mewakili sesiapa kecuali diri saya sendiri.
Sekian.
Cg.
[Who Is Cg.]
[The Book Cg. Writes]
[Cg.'s PAGE]
[Cg.'s NEW HOME]
[Cg.'s SEARCH]
[The Place Cg. Works, SKTB]
[Cg.'s ALBUMS]
[Surat Terbuka]
|